PERLINDUNGAN PENDAPATAN
Ia merupakan salah satu daripada 5 isu yang penting dalam kehidupan kita berkaitan kewangan. Ia bertujuan bagi memastikan pendapatan dapat dikekalkan ketika berlaku musibah.Saya ingin membawa anda mendengar satu kisah yang berlaku sekitar 2 tahun lepas. Pada ketika itu salah seorang sahabat saya berpeluang membeli sebuah rumah teres di kota damansara dengan harga tidak sampai RM200,000. Dengan membeli rumah pada harga tersebut adalah sangat murah, kerana pada ketika itu harga sebuah rumah teres di Kota Damansara sepatutnya melebihi RM300,000. Tetapi sahabat saya dapat membelinya dengan harga tidak sampai RM200,000.
Setelah saya selidiki barulah saya tahu bahawa sahabat saya membeli rumah itu dengan seorang balu yang baru kematian suami. Balu tersebut tidak bekerja dan mempunya 5 orang anak. Balu tersebut memang bergantung sepenuhnya pendapatan suaminya ketika suami nya masih hidup.
Ketika suaminya masih hidup, suaminya tidak mempunyai sebarang insurance ataupun takaful melainkan 'MRTA' untuk rumah yang didudukinya. Setelah kematian suaminya, rumah yang masih di bawah pinjaman bank telah dilunaskan oleh pihak insurance melaluisi polisi MRTA yang beliau ambil.
Namun begitu kehidupan balu tersebut bersama 5 orang anaknya harus diteruskan. Dengan kehidupan yang tertekan disebabkan tiada pendapatan, maka balu tersebut bercadang menjualkan rumahnya pada harga RM300,000. Namun begitu rumah tiada siapa yang menghubungi beliau. Setelah 2 bulan berlalu, sahabat saya tadi berjumpa dengan balu tersebut. Namun sahabat saya hanya mampu membuat loan antara RM180,000 dan RM200,000 sahaja disebabkan pendapatan yang terhad. Disebabkan desakan hidup, balu tersebut terpaksa menerima juga tawaran tersebut.
Pada pandangan saya, sekiranya si suami sebelum kematiannya telah mengambil polisi takaful katakan bernilai RM100,000. Kemungkinan besar balu tersebut tidak perlu menjual rumahnya dalam keadaan tergesa-gesa. Balu tersebut boleh menunggu untul menjual rumah dalam keaadaan yang sesuai. Menjual rumah dalam keadaan tergesa-gesa terbuka kepada orang yang cuba mengambil kesempatan. (kita panggil desperate seller).
Oleh itu adalah penting bagi kita untuk mengambil sekurang-kurangnya satu polisi peribadi untuk melindungi pendapatan kita sekiranya berlaku musibah kematian.
Sekiranya tuan-tuan atau puan-puan ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perlindungan pendapatan bolehlah berhubung dengan saya melalui alamat berikut:
Untuk Maklumat lanjut, sila call/whatsapp/email:
Taufiq Tawil
019-264 8603
taufiqtawil@gmail.com
No comments:
Post a Comment