HealthEnrich Melambangkan Keunikan Anda
Kesihatan anda adalah satu anugerah dan anda seharusnya mempunyai pelan yang menepati keperluan perubatan anda. Di Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), kami mahu anda menjalani kehidupan tanpa menjejaskan kesihatan anda. HealthEnrich direka untuk memastikan anda menerima rawatan perubatan yang tiada tandingan. Rasa yakin apabila anda menerima nasihat perubatan daripada pakar bertaraf dunia. Peroleh ketenangan sepanjang kehamilan dengan perlindungan komplikasi-komplikasi kehamilan yang eksklusif. Anda juga dapat menikmati keselesaan dan privasi melalui penginapan suite dengan pembantu perubatan khas yang memenuhi keperluan anda. Semua kelebihan ini dan lebih lagi khusus untuk melengkapi gaya hidup anda yang unik. Ketahui gaya hidup anda.
Terdapat 4 Pelan Utama Health Enrich
Terdapat 4 Pelan Utama Health Enrich
- Health Enrich Vital
- Health Enrich Select
- Health Enrich Advance
- Health Enrich Premier
Apakah yang dimaksudkan dengn pembedahan harian?
Kemasukan ke hospital menelan banyak perbelanjaan dan adakalanya tidak diperlukan. Kemasukan ke hospital bermaksud terpaksa menanggung pelbagai kos seperti yuran kemasukan, bilik dan penginapan, penjagaan jururawat dan makanan. Walaupun anda perlu berehat untuk pulih, berada di hospital tidak semestinya memberi keselesaan seperti berada di rumah sendiri.
Salah satu keunikan HealthEnrich adalah manfaat Pembedahan Harian. Tidak kira pelan mana yang anda pilih, Ko-Takaful atau Perlindungan Penuh, manfaat ini memberi perlindungan penuh ke atas kos pembedahan atau rawatan anda.
Tambahan pula, dengan manfaat Pembedahan Harian, anda boleh menjalani pembedahan atau rawatan dan pulih dalam keselesaan di rumah anda pada hari yang sama. Anda tidak perlu bermalam di hospital dan risau tentang perlindungan perubatan anda yang mungkin habis digunakan. Anda boleh menjalani radioterapi, hemodialisis atau kemoterapi sebagai pesakit luar di bawah kemudahan pelan ini.
No comments:
Post a Comment