Shariah Dan Konsep Takaful
Apa itu Takaful?
Takaful merupakan skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama. Intipati takaful dapat dilihat dalam sistem saling membantu.Aplikasi Konsep Ta'awun
- Ta'awun adalah konsep saling membantu antara peserta.
- Peserta bersetuju membayar tuntutan sekiranya berlaku kerugian
- Peserta bersetuju berkongsi tangungjawab
[PICTURE]
Memahami Takaful
Perancangan Kewangan
Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata:"Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi yang gemuk memakan tujuh ekor sapi yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir) terangkanlah kepada ku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai menafsirkan mimpi"
Yusuf menjawab:
"hendaklah kmu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam, biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makanan.
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kami simpan (untuk dijadikan benih).
Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)."
Surah Yusuf: 47-49
Pengurusan Hutan
Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam At-Termizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibn Hibban:-Maksudnya:-
"Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya dijelaskan"
Kesinambungan Hidup
Hadis riwayat Sa'ad bin Abu Waqqash ra. ia berkata:"Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan miskin yang akan meminta-minta kepada manusia."
Bekalan Akhirat
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:"Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terptuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya."
Riba
"wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.Oleh itu, kalau kami tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilahkmu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya (akubatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu tidak juga tidak dizalimi oleh sesiapa"
(Surah Al-Baqarah: 278-279)
"Allah menghancurkan keberkatan kerana riba dan menambahan keberkatan kerana sedekah"
(Surah Al-Baqarah: 276)
"Riba memounyai 72 pintu. Riba yang paling ringan dosanya ialah seperti seorang lelaku berzina dengan ibunya"
(Riwayat at-Tabrani, 7/158: Al-Hakim, Sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim)
"Jauhilah tujuh dosa besar: syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan (kerana takut), dan menuduh perempuan yang suci berzina (tanpa saksi adil).
(Riwayat at-Tabrani, 7/178: Al-Hakim, Sahih menurut syrat al-Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment