Wednesday, 18 May 2011

Pelan Persaraan

Assalamualaikum Semua,

Hari ini saya ingin membawa anda satu tajuk yang agak penting dalam perancangan kewangan. Iaitu perancangan persaraan. Semua orang satu masa kelak akan bersara insyaAllah. Tetapi persoalannya sekarang adakah anda bersedia untuk persaraan nanti. Apabila saya bertanya kepada bakal pelanggan saya tentang soalan, kebanyakan tiada sebarang idea mengenainya. Apakah yang perlu kita lakukan sekarang? Saya ingin memberikan cadangan berikut kepada anda.

Cuba bayangkan yang hari ini umur anda 55 tahun dan anda dikehendaki bersara. Syarikat anda tidak memerlukan anda lagi. Apakah yang akan anda lakukan. Cuba senaraikan sebanyak mungkin cara kehidupan anda. Sebagai contoh kehidupan harian mungkin bersama cucu anda membantu anak anda menjaga cucu anda, sebelah petang anda akan kekebun sebagai hobi atau aktiviti mengeluarkan peluh. sebelah malam anda pergi surau untuk buat amal ibadat. sebulan sekali mungkin anda akan berjalan-jalan ke tempat peranginan di dalam negara.

Dari segi kos yang anda terpaksa tanggung ialah:
1. Bil-bil utility. (elektrik, air, telefon dan mungkin astro). Bil tersebut lebih tinggi berbanding semasa anda bekerja kerana masa anda lebih dirumah.
2. Belanja makan dan minum
3. Belanja  alat-alat untuk hobi anda seperti alatan berkebun.
4. Duit derma yang anda ingin sumbangkan seperti surau dan sebagainya.
5. Kos belanja perubatan sekiranya anda terpaksa dirawat di hospital
6. Kos maintance (kereta & rumah)
7. Anda mungkin juga kena consider pembelian kereta baru sekiranya kereta anda sudah melebihi tempoh 10 tahun.
8. etc

setelah anda menyenaraikan semua barangan dan kos tersebut dapatlah anda kos bulanan atau tahunan yang anda kena sediakan. Dan secara kasarnya kos tahunan tadi anda boleh kalikan dengan tempoh persaraan anda sebagai contoh 20 tahun.

Setelah itu anda kena ambil kira faktor inflasi negara kita. sebagai contoh 6%. Ini disebabkan nilai yang anda dapat tadi adalah nilai persaraan sekiranya anda bersara sekarang. Tetapi sekiranya umur anda 30 tahun. Anda akan bersara 25 tahun akan datang. Ini bermakna jumlahnya akan menjada 2-3 kali ganda lebih besar dari jumlah yang anda kira.

Selepas itu anda perlu kira segala aset (fixed & non fixed) yang anda miliki kecuali rumah yang anda tidak mahu jual atau rumah yang anda ingin wariskan kepada anak2 anda. Dan selepas itu kirakan pulangan nilai aset2 anda  sewaktu anda bersara nanti.

Setalah itu kirakan perbezaan yang perlu anda tambah untuk cukupkan jumlah simpanan anda sekiranya tidak cukup. Itu sahaja. Nampak macam senang, tetapi ramai yang masih tidak bersedia untuk memikirkannya.

Sekiranya anda ingin bantuan saya, bolehlah berhubung dengan saya seperti yang tertera dibawah.

Untuk Maklumat lanjut, sila call/whatsapp/email:

Taufiq Tawil
019-264 8603
taufiqtawil@gmail.com

No comments:

Post a Comment