Tuesday, 27 October 2015

Kisah Tugu Marble & Lantai Tiles !!

Anda pernah pergi ke tugu negara. Kepada yang tak pernah pegi, ni rupanya tugu negara. 



Saya nak bawa satu kisah Tugu Marble dengan Lantai Tiles. 

Pada satu malam, Tugu Marble dan Lantai Tiles telah bersembang antara satu sama lain.

Lantai : Tugu!! ini sangat tidak adil!!. Kenapa setiap orang dari seluruh dunia datang ke sini memuji awak? Hanya mengambil gambar dengan awak? Ini tidak adil!!!

Tugu : Wahai sahabatku Lantai. Masihkah awak ingat bahawa kita berasal dari batu granite yang sama?

Lantai : Ya, saya masih ingat. Sebab itu saya rasakan ini tidak adil. Kita lahir dari tempat yang sama, tetapi kita dilayan secara berbeza.

Tugu : Tentu kamu masih ingat, hari dimana Si Pengukir cuba untuk mengukir kamu tetapi kamu tidak mahu diukir ke atas badan kamu.

Lantai : Ya, sudah tentu saya ingat. Saya benci Si Pengukir itu. Saya benci peralatannya. Ia sangat menyakitkan.

Tugu : Ya betul! Si Pengukir tak boleh ukir kamu sabab kamu menolak.

Lantai : So??? (speaking omputeh)

Tugu : Apa bila si Pengukir tidak dapat mengukir kamu, maka dia telah mengukir badan saya pula. Pada ketika itu saya sudah tahu, saya pasti akan menjadi sesuatu yang berbeza selepas si Pengukir membuat ukiran ke atas saya. Oleh itu saya tidak menolak peralatan yang di gunakan keatas saya. Setiap kesakitan dan keperitan saya lalui dengan tabah.

Lantai : Mmmmmm.....

Tugu : Sahabatku, setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita ada harganya. Sejak kamu membuat keputusan untuk mengalah, kamu tidak boleh menyalahkan sesiapa yang memijak kamu sekarang.


******* Pengajaran ******
*************************

Didalam sesuatu perkara yang kita lakukan pasti terdapat berbagai rintangan dan dugaan. Sebagai contoh, Sekiranya anda melakukan sesuatu perniagaan. Pasti terdapat berbagai onak ranjau berduri. Ia mungkin akan membuatkan anda berasa sedih dan kadangkala sehingga menangis. 
Kadangkala Leader / bos anda akan memberikan berbagai tekanan terhadap anda, dan saya pasti leader / bos anda pasti mempunyai tujuan untuk melihat anda berjaya suatu hari nanti. Oleh itu kuatkan lah semangat. Berilah kebenaran terhadap leader/bos anda untuk buat perubahan terhadap anda..

Selamat Berjaya

Past was good, Present is better and the Future will always be the best. 

No comments:

Post a Comment