Tuesday, 27 October 2015

Kisah Tugu Marble & Lantai Tiles !!

Anda pernah pergi ke tugu negara. Kepada yang tak pernah pegi, ni rupanya tugu negara. 



Saya nak bawa satu kisah Tugu Marble dengan Lantai Tiles. 

Pada satu malam, Tugu Marble dan Lantai Tiles telah bersembang antara satu sama lain.

Lantai : Tugu!! ini sangat tidak adil!!. Kenapa setiap orang dari seluruh dunia datang ke sini memuji awak? Hanya mengambil gambar dengan awak? Ini tidak adil!!!

Tugu : Wahai sahabatku Lantai. Masihkah awak ingat bahawa kita berasal dari batu granite yang sama?

Lantai : Ya, saya masih ingat. Sebab itu saya rasakan ini tidak adil. Kita lahir dari tempat yang sama, tetapi kita dilayan secara berbeza.

Tugu : Tentu kamu masih ingat, hari dimana Si Pengukir cuba untuk mengukir kamu tetapi kamu tidak mahu diukir ke atas badan kamu.

Lantai : Ya, sudah tentu saya ingat. Saya benci Si Pengukir itu. Saya benci peralatannya. Ia sangat menyakitkan.

Tugu : Ya betul! Si Pengukir tak boleh ukir kamu sabab kamu menolak.

Lantai : So??? (speaking omputeh)

Tugu : Apa bila si Pengukir tidak dapat mengukir kamu, maka dia telah mengukir badan saya pula. Pada ketika itu saya sudah tahu, saya pasti akan menjadi sesuatu yang berbeza selepas si Pengukir membuat ukiran ke atas saya. Oleh itu saya tidak menolak peralatan yang di gunakan keatas saya. Setiap kesakitan dan keperitan saya lalui dengan tabah.

Lantai : Mmmmmm.....

Tugu : Sahabatku, setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita ada harganya. Sejak kamu membuat keputusan untuk mengalah, kamu tidak boleh menyalahkan sesiapa yang memijak kamu sekarang.


******* Pengajaran ******
*************************

Didalam sesuatu perkara yang kita lakukan pasti terdapat berbagai rintangan dan dugaan. Sebagai contoh, Sekiranya anda melakukan sesuatu perniagaan. Pasti terdapat berbagai onak ranjau berduri. Ia mungkin akan membuatkan anda berasa sedih dan kadangkala sehingga menangis. 
Kadangkala Leader / bos anda akan memberikan berbagai tekanan terhadap anda, dan saya pasti leader / bos anda pasti mempunyai tujuan untuk melihat anda berjaya suatu hari nanti. Oleh itu kuatkan lah semangat. Berilah kebenaran terhadap leader/bos anda untuk buat perubahan terhadap anda..

Selamat Berjaya

Past was good, Present is better and the Future will always be the best. 

Tuesday, 20 October 2015

Perlukah Menabung Untuk Pendidikan Anak-anak?

Setiap ibu-bapa pasti ingin melihat anak-anak membesar dan berjaya dalam kehidupan. Kalau bab pelajaran, ibu-bapa mahukan anak-anak lebih berjaya dari mereka.
Sejak dari kecil lagi ibu bapa mencari tempat yang sesuai untuk menghantar anak mereka. Kalau boleh nak cari nursery yang ada package belajar.
Next anak masuk sekolah pula, nak cari sekolah yang peratusan lulus upsr tertinggi. Sebelum upsr, hantar anak pegi tution, mungkin sbb ibu bapa tak sempat nak ajar.
Lepas tu, sibuk pula cari sekolah menengah terbaik. Ada bermacam2 kiteria untuk pilih sekolah. Masa sekolah menengah nie 2 exam yg mencemaskan mak bapak, pt3 dan spm. Sekali lagi berhabis duit hantar anak pegi tution.
Now anak dah habis spm. Result pun dah cemerlang dek segala usaha anak dan mak bapak tari.
Tiba-tiba anak dapat offer masuk universiti. Tersangatlah gembiranya mak bapak sebab segala usahanya membuahkan hasil.
Tetapi offer tersebut berserta dengan kos yang perlu dibayar ketika pendaftaran. Terdapat juga lampiran yang menyatakan jumlah kos keseluruhan sepabjang pembelajaran. Kali ni mak bapak terkejut. Tidak sangka kos pendidikan kini sangat tinggi.
Kalau zaman dahulu, mak bapak ada tanah getah dan sawah padi yang boleh di cagarkan untuk mendapat pinjaman. Tapi kini tiada.
Utk mak bapak yang anaknya masih lagi kecil, mulalah menabung utk pendidikan anak2. Mulakan dengan simpanan bulanan yang anda mampu. Yang penting consisten. Terdapat banyak plan pendidikan yang berada di pasaran. Apa yang anda perlu cuma hubungi mereka. Buatlah sekarang sebelum terlambat.
Sekian terima kasih
Utk maklumat lanjut pelan pendidikan PruBsn Takaful boleh hubungi

Taufiq

019-2648603

Saturday, 3 October 2015

SYARAT-SYARAT MENJADI TAKAFUL AGENT - PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

Anda berminat untuk menambahkan pendapatan bersama PruBSN Takaful. Ia sangat mudah. Berikut adalah syarat2 yang sangat minima untuk menjadi agent prubsn takaful.
Permohonan Agent Baru

1. Syarat Kelayakan Minimum
  • Berumur lebih dari 18 tahun hingga 55 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Kelayakan akademik minima - SPM
2. Dokumen yang diperlukan
  • Borang permohonan yang lengkap di isi (sila dapatkan dari admin blog)
  • Salinan Sijil akademik (min SPM)
  • Salinan IC (depan / belakang)
  • 6 salinan gambar berukuran passport (tulis nama dan no IC dibelakang setiap keping gambar)
  • Selection Interview Sheet (akan dibekalkan oleh agency)
  • Borang pendaftaran LIAM  dan MTA yang lengkap dan Yuran LIAM dan MTA  sebanyak RM 65.00
  • Sijil PCE dan TBE, CEILLI (option, takde pun tak pe)
  • Agent Agreement, Letter of Guarantee dan Code of Ethic Conduct yang lengkap diisi (akan dibekal oleh agency)
  • Borang Auto Pay (Untuk komisen. Komisen akan dimasukkan direct ke dalam account agent. Komisen akan dibayar 2 kali sebulan iaitu pada 6 atau 7 haribulan atau 20 atau 21 haribulan setiap bulan. Untuk payment yang masuk ke PruBSN Takaful antara 1 - 15hb setiap bulan akan dimasukkan pada 21 hb bulan tersebut. Dan yang 16-31 hb, akan dimasukkan dalam account agent pada 6 atau 7 hb pada bulan berikutknya). Untuk bonus pula, akan dimasukkan 6 bulan sekali iaitu pada bulan January dan July setiap tahun. Jadi, kalau anda layak utk dapat bonus, anda boleh dapat bonus 2 kali setahun.
  • Pemohon yang ingin mendaftar sebagai Agent Sepenuh Masa (full time) perlu menghantar salinan surat perletakkan jawatan daripada syarikat terdahulu
  • Untuk agent yang part time, tidak perlu surat perletakkan jawatan.
3. Sistem Latihan Yang Berkesan

Untuk memastikan anda berjaya didalam pernigaan takaful ini, kami menyediakan sistem latihan yang berkesan dan telah melahirkan ramai agent-agent takaful berjaya. Kami membahagikan sistem latihan kami kepada 3 bahagian:
  • Part 1 - Attitude, skill and knowledge. Tempoh 2 minggu. Setiap hari Isnin dan rabu jam 8.30 - 10.30 malam
  • Part 2 - Sale cycle training. Tempoh 2 minggu. Setiap hari Isnin dan rabu jam 8.30 - 10.30 malam
  • Follow up follow thru

4. Berikut adalah komisen agent PruBSN Takaful



5. Berikut adalah contoh unjuran pendapatan dengan andaian
  • Anda mendapat 4 client setiap bulan
  • Setiap client membayar premium rm200 bulanan

Untuk Maklumat lanjut, sila call/whatsapp/email:

Taufiq Tawil
019-264 8603
taufiqtawil@gmail.com